Antara Pertengahan dan Pengakhiran Ramadhan



Jalan yang dilalui setiap orang dalam menempuh puasa ni
mungkin berbeza
tapi aku percaya dalam kesempitan kita
kita diberi seribu pintu untuk dibuka
bagi bertemu ALLAH
samada kita nak atau tak saja.
sama ada kita benar2 memerhatikan nya.

setiap kesusahan dan kesenangan yang aku lalui
aku tahu ada Allah disitu
aku akan redha dan teruskan hidup ni sesusah mana pun
sebab aku sedar, aku hamba pada Allah
dia boleh buat apa saja pada aku
dan aku tetap sujud pada Dia

selagi Dia bagi ku hidup, selgi tu aku kene berjuang, dan untuk dia
rasa kemanisan pergantungan dengan Allah tu hanya dapat dirasa
bila mana kita betul2 berlepas harap dengn bantuan orang, dan 
menyerahkan segala-galanya pada Allah

rasa redha tu, tak kan dapat dirasa sebetul2 nya 
selagi kita masih tak bersyukur 
dengan nikmat yang ada sekarang
dan berhenti mengeluh atau terlalu mengharap
dunia yang sebenarnya tak kekal langsung

dan bila bertambah nya ibadah pada Allah
bila tenang hati melihat nikmat orang lain
bukan mencemburui atau memuja hal2 duniawi tu

#


bila hati penuh dengan kasih sayang
mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah

bila mana hati dah tak suka pada dosa
hati rasa sedih bila lagha
hati rasa tersentuh mendengar kalam-kalam Allah
menangis kerana mengenangkan dosa-dosa
menangis bila merasakan kesusahan orang lain
terutamanya saudara seislam
yang mungkin masih lagi jahil
yang mungkin masih lagi berperang

hati itulah yang bermulanya dari tarbiah Allah
atas segala kesusahan dan kesenangan
dia redha dan mengingati Allah
tanpa jemu memuji namaNya
tanpa ragu mengharap janjiNya
dengan penuh harapan berdoa padaNya

sebab sebenarnya hati itu dah on the way jumpa cinta sejatinya
hati itu sudah mula bercinta dengan pemiliknya

yang layak bagi dia , yang wajib baginya mentaatinya
ketenangan yng tak mungkin dapat diraih di mana mana
melainkan kembali pada Tuhan

syahdu nya cinta pada Allah ni sangat miracle
kita rasa lemah sangat bila berhdapan dengan Nya

tapi kita kuat bila menghadapi dunia..




No comments:

Post a Comment